Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, August 18, 2009

Majlis Doa

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin serta Tahlil
Untuk Anak-anak yang Bakal Menduduki Perperiksaan 2009
Serta Wabak H1N1

Anjuran
UMNO Cawangan Taman Hassan

Tempat
Rumah Penghulu Faisal Bin Yahya
(Ketua Cawangan)

Tarikh
20 Ogos 2009
(Khamis malam Jumaat)

Masa
7.00 malam

Aturcara
Kehadiran jemputan
Solat Maghrib berjamaah
Solat Hajat
Bacaan Yassin / Tahlil
Solat Isya Berjamaah
Jamuan Makan


Semua dijemput hadir meramaikan majlis agama ini.

Wednesday, August 12, 2009

Utusan Malaysia Online - Rencana - DAP biadab kerana sokongan Melayu pembangkang

KELANTANGAN DAP terhadap orang Melayu dan agama Islam yang semakin bersemarak sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu Islam sendiri.

Mereka mendapat sokongan daripada segelintir manusia yang mengaku Islam tetapi bersekongkol dengan parti yang terang-terangan anti-Islam.

Allahyarham Pak Sako pernah berkata, kadang-kadang kita kena jadi biadab dan kurang ajar agar kita tidak terus ditindas.

Keangkuhan segelintir masyarakat daripada kaum lain yang bukan beragama Islam telah merosakkan hubungan harmoni yang sekian lama terjalin antara pelbagai kaum di negara ini.

Kerakusan mereka juga membuatkan sesetengah akhbar berbahasa Mandarin begitu berani mengkritik dan mempersendakan akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia. Ia terbukti menerusi terjemahan akhbar Cina di akhbar ini, semalam.

Keberanian mereka ini mungkin kerana kerajaan kita bersikap terlalu berlembut. Yang membantah dan menentang hanyalah suara-suara Melayu dari UMNO. Yang membuat bising dan melaporkan kemarahan ini adalah akhbar Utusan Malaysia. Akhbar Melayu ini dituduh "hanya membawa agenda Melayu dan laporannya tidak boleh di percayai melainkan tarikh surat khabar sahaja yang betul" - China Press, 7 Ogos.

Kerana tiadanya bantahan dari kerabat mereka dari Pas dan PKR (yang mana arak juga dihalalkan kerana dibenarkan oleh orang Cina dalam DAP) maka kuasa bersuara UMNO telah pincang dan lemah.

Permohonan maaf bagi setiap kebiadaban tidak akan merubah apa-apa. Lihat sahaja kelantangan pemimpin Cina DAP ini dalam penghinaan mereka terhadap Islam. Setakat minta maaf tidak akan menjadi kudis kepada mereka. Itupun permohonan maaf kerana terpaksa. Lepas minta maaf, mereka akan ulangi lagi dan minta maaf lagi. Itu sahaja yang dipinta oleh orang Melayu dan kerajaan. Hanya kemaafan.

Bagi saya, sebilangan pemimpin dalam DAP ini sudah terlalu biadab sehinggakan tidak tahu lagi erti sopan dan berbudi. Mereka tidak boleh ditegur dan dikritik. Bangsa mereka tidak boleh disentuh. Haram bagi bangsa Melayu dari UMNO untuk menegur mereka. Jika ditegur dan dikritik, kita dilabelkan sebagai rasis. Lihat apa terjadi kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebilangan pemimpin DAP ini sebenarnya mendapat sokongan kuat dari bangsa Melayu sendiri. Mereka disokong oleh pemimpin Melayu pengkhianat bangsa dan negara. Melayu pengkhianat ini dan dibantu oleh konco-konco yang tamak kuasa yang kini berada di Selangor telah menyemarakkan lagi api keberanian pemimpin DAP ini. Inilah punca segala kebiadaban dan kurang ajar mereka terhadap agama Islam dan negara.

Saya tidak memperkatakan tentang mereka yang beragama Islam dalam Pas kerana pendokong parti Islam Pas ini boleh diibaratkan seperti "kucing jantan yang telah dikasi". Itulah Pas dalam pakatan pembangkang.

Kepada kaum bukan Melayu yang masih cintakan Malaysia, tuan-tuan usah risau kerana ini semua hanya ditujukan kepada mereka yang biadap sahaja. Kalau ada yang terasa pedih, perasaan orang Islam yang dihina tentunya lagi pedih berbanding ini.

Kepada pihak berkuasa, amaran mungkin sudah tidak berguna lagi kepada manusia spesies ini. Kenakan sahaja tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau tarik balik kerakyatan mereka. Itu sahaja hukuman yang selayaknya buat mereka. Jangan cuba menjadi Belanda mendapat tanah.

MOHD. HAMZAH MOHD. HASSAN

Keramat, Kuala Lumpur

DAP biadab kerana sokongan Melayu pembangkang

Utusan Malaysia Online - Rencana - Di manakah suara ulama?

Oleh AZNAN BAKAR
pengarang@utusan.com.my


mereka yang bergelar atau menggelarkan diri sebagai ulama seharusnya tampil memberi kenyataan dan membela kesucian Islam apabila agama ini dihina dan bukannya hanya membiarkan rakyat kebanyakan sahaja yang bertindak menyuarakan bantahan. - Gambar Hiasan


--------------------------------------------------------------------------------


KETIKA kedudukan Islam dan syariatnya di negara ini diasak dan dikritik secara terbuka oleh bukan Islam, ramai tertanya-tanya kenapa tidak ada suara ulama yang tampil memberi penjelasan dan mempertahankannya.

Ketika ini segala yang berkaitan dengan Islam dilihat serba tidak kena. Hampir setiap hari ada sahaja laporan dan tulisan mengenai komen-komen pemimpin bukan Islam terhadap hal atau isu yang berkaitan dengan agama Islam.

Itu belum diambil kira kandungan dalam blog yang secara terbuka dan terang-terangan menghentam Islam. Tidak mungkin mereka yang bergelar atau menggelar diri sebagai ulama tidak sedar tentang perkara ini.

Tidak mungkin mereka tidak sedar mengenai tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang bertindak memulangkan arak yang dirampas. Diikuti pula dengan kenyataan bahawa bir bukannya arak.

Sedangkan dalam Islam, apa juga minuman yang mengandungi alkohol walau setitik dan memabukkan adalah haram.

Lagi pula arak yang dirampas itu dijual di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Namun tidak ada ulama yang tampil memberi penjelasan berkenaan isu itu apatah lagi mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Yang tampil ke depan mengkritik dan meminta tindakan dikenakan terhadap Liu hanya beberapa kerat sahaja termasuk Exco Selangor dari Pas, Datuk Dr. Hassan Ali. Itupun beliau tidak mendapat sokongan jitu daripada rakan-rakannya dalam Pas sendiri.

Belum selesai isu arak di Selangor, timbul pula kenyataan oleh seorang lagi wakil rakyat DAP berhubung dengan Islam.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mengkritik pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dengan mengaitkannya sebagai ekstremis.

Kenyataan itu dibuat semata-mata kerana Ooi tidak berpuas hati dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ahli JIM.

Sama ada semua perbuatan dan kenyataan itu disengajakan atau dirancang bagi menguji kesabaran umat Islam di negara ini tidak siapa yang tahu.

Beberapa hari lalu muncul pula kenyataan dalam blog Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang mengkritik pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.

Biar pun ia ditujukan kepada pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, namun komen-komen yang dibuat oleh pembaca blog itu jelas cukup keterlaluan dan menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Di sebalik segala serangan itu, golongan ulama dan tokoh agama di negara ini kelihatan hanya bersikap berdiam diri. Tidak ada kenyataan-kenyataan balas daripada mereka berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu terutama berkaitan dengan arak di Selangor.

Ini bukan bermaksud mereka perlu tampil bersemuka atau bergaduh tetapi cukup sekadar memberi penjelasan atau mengeluarkan amaran supaya bukan Islam tidak sewenangwenangnya bercakap atau mencabar kedudukan Islam.

Teguran atau pandangan daripada golongan ulama sudah tentu dapat memberi sedikit tekanan kepada kumpulan yang dilihat sudah melebihi batas itu.

Mungkin golongan ulama di negara ini berdiam diri kerana berpegang kepada prinsip "sabar itu separuh daripada iman".

Atau mungkin ada juga yang melihat ia hanya sebagai serangan kepada kerajaan atau pemimpin Barisan Nasional (BN) dan bukan kepada Islam secara langsung.

Satu lagi kemungkinan ialah mereka tidak sedar atau tidak tahu akan kenyataan-kenyataan nista dan menghina Islam itu.

Sepatutnya inilah ketikanya untuk golongan itu ke depan menghadapi dan membetulkan tuduhan-tuduhan berniat jahat yang dilemparkan kepada Islam dan umat Islam di negara ini.

Sikap berdiam diri mereka seolah-olah menggambarkan apa segala tuduhan, tindakan dan kenyataan golongan bukan Islam itu betul dan umat Islam di negara ini berada di pihak yang salah.

Apakah usaha memartabatkan Islam seperti yang dilakukan di Selangor dan yang diperjuangkan oleh JIM itu salah?

Mereka bertindak daripada segi aspek Islam dan melibatkan penduduk yang beragama Islam sahaja.

Jadi campur tangan oleh pemimpin bukan Islam melalui kenyataan-kenyataan yang tidak sewajarnya tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Tetapi apa yang dikesalkan, hanya seorang dua tokoh dan ulama sahaja yang berani tampil untuk bersuara mempertahankan Islam dalam isu ini.

Bayangkan jika isu yang dibangkitkan oleh Liu, Ooi dan Siew Fook itu berlaku di negara Islam lain. Sudah tentu para ulama secara berani akan bersemuka dengan mereka sekurang-kurangnya untuk membetulkan persepsi negatif terhadap Islam yang dilemparkan oleh golongan itu.

Tetapi ulama di negara ini lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Ini bukan bermakna mereka diminta berkonfrantasi, tetapi berilah sedikit pandangan untuk mempertahankan Islam.

Lagi pula apabila ulama bersuara, ia tentu menimbulkan 'kegerunan' kepada pihak-pihak yang cuba memperkecil-kecilkan dan menghina kesucian Islam.

Atau sekurang-kurangnya apabila mereka bersuara, ia akan lebih memberi pemahaman kepada rakan-rakan bukan Islam.

Ini kerana apa yang berlaku mungkin disebabkan kedangkalan pengetahuan segelintir individu tertentu terhadap Islam walaupun setiap hari kehidupan mereka dikelilingi masyarakat Melayu dan Islam.

Kita tentu faham jika golongan ulama bersikap membisu sekiranya apa yang ditimbulkan lebih bersifat serangan politik. Tetapi apabila ia membabitkan akidah umat Islam seperti arak dan serangan ke atas pendakwah, tentu suara-suara daripada mereka yang arif dan golongan yang digelar pemimpin agama penting.

Suara ulama dalam masyarakat Islam sememangnya penting, lebih-lebih dalam keadaan dan ketika akidah dan syariat dicabar.

Jika perbezaan politik yang menjadi penghalang, sepatutnya ia diketepikan seketika. Ini bukan soal kena keluar ke jalan raya untuk berdemonstrasi atau berkonfrantasi. Tetapi cukup dengan menerang dan menjelaskan mengenai akidah serta syariat Islam kepada para pengkritik dan penghinanya.

Terangkan kepada mereka bagaimana Islam melarang sebarang bentuk kejian dan penghinaan terhadap agama lain. Sebaliknya ia mementingkan soal toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira batas kaum dan agama.

Adakah apabila golongan ulama hanya berdiam diri bermakna mereka menganggap kenyataan-kenyataan menghina, mengherdik dan mencaci Islam itu tidak serius?

Atau ia tidak memerlukan campur tangan golongan ulama dan pemimpin agama? Atau takut untuk mengguris hati orang bukan Islam?

PENULIS ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Di manakah suara ulama?

Utusan Malaysia Online - Politik - Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.

''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.

Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Utusan Malaysia Online - Politik

Tuesday, August 11, 2009

UMNO Cawangan Taman Hassan Menyokong Pencegahan H1N1

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

a.Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

b.Individu berusia 65 tahun dan ke atas

c.Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

d.Wanita mengandung

e.Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

f.Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

g.Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

•Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

•Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

•Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

a.Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

b.Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

c.Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

■Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

■Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

■Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

d.Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

e.Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

f.Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

g.Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

h.Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Influenza A(H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Ahli Menteri Kabinet Baru 2009 | Jabatan Perdana Menteri

Bagi memenuhi permintaan, kami sertakan di sini Senarai Penuh Ahli Menteri Kabinet Baru 2009 untuk pengetahuan umum.

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

RUJUKAN:Senarai Ahli Menteri Kabinet Baru 2009 Jabatan Perdana Menteri

Monday, August 10, 2009

Mohd Saiful Bukhari Azlan: ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?

Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim! Jangan jadi hipokrit..

Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.

2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.

Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?

Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.

Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.

Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah. Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.

Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Mohd Saiful Bukhari Azlan: ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?

BUDAYA ANWAR - Che Det

1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.

2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.

3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.

4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.

5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.

6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.

7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.

9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?

10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.

11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.

BUDAYA ANWAR - Che Det

Gerbang Tempur Politik Maya Kmu Dot Net - Pas Selangor Mencari Jalan Pulang Atau Menutup Lubang?

Kemelut rampasan minuman keras di sebuah premis di Seksyen 8, Shah Alam bukan masalah UMNO. Ia masalah Pas, maka Pas harus menyelesaikannya.

Cara Khalid Samad mengatakan semua ini berpunca daripada pemerintahan UMNO dahulu adalah tidak masuk akal dan luar biasa sifatnya. Yang memerintah hari ini ialah DAP dengan bantuan Pas dan PKR, maka buatlah kerja menyelesaikannya.

Mengapa Pas begitu melenting isu penjualan arak di 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam ini tetapi memejam sebelah mata kemunculan rumah urut, cyber cafe (pusat permainan video sebenarnya) dan perjudian di seluruh negeri Selangor?



Benarkah Pas Selangor hari ini telah bersedia menjadi kumpulan pendesak dalam menjaga kepentingan orang Islam di negara ini atau sekadar bersandiwara mencari keuntungan politik semasa.

Kita masih tertanya-tanya mengapa Pas sanggup membiarkan Dewan Orang Cina yang dibina secara haram di atas tanah wakaf perkuburan Islam di Batu Tiga, Shah Alam terus gagah sedangkan kerajaan negeri pimpinan UMNO dahulu sudah mentarahkan ia berpindah.

Malahan Hasan Ali dikatakan dalam mesyuarat EXCO bersetuju "menjual" tanah wakaf perkuburan Islam tersebut kepada pemilik dewan haram tersebut.

Apakah isu ini lebih kecil berbanding kisah arak bernilai RM 680 itu?

Hasan Ali juga hanya berdiam diri dalam bila kerajaan negeri mengumumkan kemungkinan menggunakan wang zakat untuk projek pembangunan dan membayar gaji kakitangan kerajaan.

Bagaimana pula sokongan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas) Khalid Samad terhadap tuntutan Sidang Injil Borneo untuk mengggantikan perkataan tuhan dengan Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Apakah ini juga lebih kecil daripada isu arak di 7-11?

Isu arak ini diperbesarkan kerana Pas mahu menutup isu besar seperti penjualan tanah wakaf, rasuah oleh pemimpin Pakatan Selangor, tuduhan kononnya Pas mengikut telunjuk DAP dan juga ingin mencari populariti di kalangan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir.

Hasan Ali tidak perlu tunjuk garang terhadap isu sekecil ini sedangkan buat-buat tidak tahu isu besar yang lain membabitkan kepentingan agama Islam di Selangor.

Janganlah percaya Pas mahu kembali kepada perjuangan asal. Isu ini sekadar menutup isu besar dalam kerajaan negeri.

Apalah sangat isu arak yang bernilai beratus ringgit berbanding industri haram pelacuran dan perjudian yang boleh mencecah jutaan ringgit satu malam di Selangor.

Ronnie Liu pun mungkin telah berpakat dengan Pas untuk membuat isu ini bagi memberi populariti kepada Pas di Shah Alam (kawasan orang melayu) tetapi dalam masa yang sama dapat meneruskan kegiatan underworld di Puchong, Sunway, Subang Jaya dan Kota Damansara.

Pas tidak akan kembali ke pangkal jalan kerana kuasa adalah nikmat dunia yang sukar dilepaskan.

Gerbang Tempur Politik Maya Kmu Dot Net - Pas Selangor Mencari Jalan Pulang Atau Menutup Lubang?