Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Sunday, March 28, 2010

Program Mingguan : Senam Seni Terbuka

28 Mac 2010 bermula program mingguan senam seni terbuka. Program ini diadakan setiap Ahad pagi dilokasi-lokasi yang bakal di beritahu. Program ini terbuka kepada semua lelaki dan perempuan, tua dan muda. Di awal program ini hanya mendapat sambutan dari kalangan wanita dan di harap pada masa akan datang sambutan dari lelaki akan bertambah. Program ini dijangka akan berterusan dan juga terbuka kepada semua mahupun yang bukan ahli serta di luar kawasan Taman Hassan.

Saturday, March 27, 2010

60 Earth Hour 2010

Sabtu 27 Mac yang lepas hampir satu dunia melibatkan diri dalam usaha murni Earth Hour ini. Walaupun di Malaysia tahun ini baru kali kedua turut serta dalam usaha Earth Hour ini namun begitu sambutan amat menggalakkan. Tahun lepas beberapa bangunan-bangunan mega di Malaysia turut mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu jam bermula dari jam 8.30 malam hingga ke 9.30 malam.

Tahun ini, UMNO Cawangan Taman Hassan cuba untuk turut serta dalam aktiviti murni ini. Walaupun hanya dengan menyebarkan poster disamping mengajak semua agak turut memadamkan lampu selama satu jam, UMNO Cawangan Taman Hassan berharap agar kesedaran ini dapat di kongsi bersama-sama dengan semua ahli.

Jam 8.30 malam tersebut kelihatan beberapa rumah mula memadamkan lampu. Walaupun tidak mencapai sasaran 100% ahli memadamkan lampu, UMNO Cawangan Taman Hassan amat berharap pada tahun akan datang jumlah bilangan ahli yang turut serta bertambah. UMNO Cawangan Taman Hassan juga berharap pada tahun hadapan jika tiada aral melintang, kami bakal melibatkan diri dengan aktiviti menarik bagi memberi kesedaran kepada ahli.

Thursday, March 11, 2010

Program Bulanan Bacaan Yasin

11 March 2010, program bacaan Yassin bermula sekali lagi. Program yang telah menjadi program bulanan ini tidak terhad hanya pada satu rumah sahaja tetapi bergerak dari satu rumah ke satu rumah ahli yang lain mengikut permintaan. Pada hari tersebut program bacaan yasin telah berjalan dengan lancar di mana program ini telah di hadiri lebih dari 50 orang tetamu tidak kira dari ahli cawangan sendiri mahupun dari Bahagian Selat Klang. Sekalung terima kasih dari tuan rumah iaitu Pn Hasiah Latif kepada hadirin yang sudi meluangkan masa menyertai program ini.

Wednesday, March 3, 2010

PAS FOR ALL - Apa Guna Kita Sembahyang Sedangkan Allah Tetapkan Kita Ke NERAKA

Klik Gambar
"Syurga Neraka bukan ALLAH tetapkan..ia bergantung kepada amaln kita..kalau Allah yang tetapkan apa guna kita sembahyang sedangkan Allah tetapkan kita ke neraka.."

Petikan kata kata seorang Ketua Pemuda PAS Klik Di Sini.

Kalau beginilah yang sering di Tarbiahkan oleh para ahli jemaah PAS kepada Rakyat khusunya umat Islam jawapnya memang Jahanam lah Islam di Malaysia ini. Syurga dan Neraka pun boleh di katakan Ketua Pemuda PAS sebagai Bukan milik Allah, apatah lagi dengan hal yang lain lain.

Patut lah beriya iya Nik Ajis kata Undi PAS masuk SYURGA dan undi BN masuk Neraka. Rupa rupanya Syurga dan Neraka itu milik PAS. PAS sahaja yang boleh menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Ya Allah...Apa lah Dosa Hamba Mu ini....

Majlis Agama Islam perlu memperhalusi kata kata yang di ucapkan oleh Ketua Pemuda PAS bernama Miezan Al Kadahi ini. Apakah kata kata yang di keluarkan ini adalah benar dan layak di gunakan??? Jangan hanya di DIAMkan hal sebegini merebak sehinggakan akan lebih ramai umat Islam terpedaya dengan kata kata yang meragukan sebegini.

Kalau lah Syurga dan Neraka bukan Allah yang tentukan,
Apakah Nik Ajis selaku Mursyidul Am PAS Berhak menentukan?

Kalau begitu kita umat Islam dan juga Kafir tiada beza lah,
Patut lah PAS bersungguh sungguh Bersatu dengan DAP
sehinggakan Islam di Lacurkan!!!

Harap Rakyat sedar akan segala kata kata sebegini yang mana akan memberikan kesan yang mendalam buat seluruh umat Islam di Dunia. Jangan sampai kita umat Islam di Malaysia ini sudah tidak di hormati oleh penganut agama lain dengan sikap kita sendiri yang Memperkotakkatikkan Islam itu.

Psssttt....Dasyat Pemimpin PAS pro Edrogan ni...Semua Halal...Main Belakang pun Halal ke?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
http://www.papagomo.com/
rujukan : MYKMU.NET

2010 - Program cadangan Cawangan Taman Hassan

Untuk makluman, Cawangan Taman Hassan telah menyenaraikan beberapa program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010 ini. Antara program-program yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2010 ini :
  • Jamuan Mesra Hi-Tea antara ahli-ahli cawangan
  • Qiamulai untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM
  • Solat Terawikh dan Moreh dalam bulan Ramadhan
  • Rumah Terbuka Hari Raya dalam bulan Syawal
  • Majlis Qurban
  • Majlis Berkhatan Beramai-ramai dijangka minggu pertama akhir tahun
  • Senam Seni Terbuka, setiap Ahad pagi. Terbuka kepada semua lelaki dan perempuan. (Dalam perancangan)

2010 - Program Tahunan Cawangan Taman Hassan

Untuk makluman, Cawangan Taman Hassan telah mencadangkan satu program tahunan berbentuk rombongan kepada ahli-ahli cawangan. Pada tahun sebelum ini, robongan telah berjaya ke Putrajaya dan Nilai3. Untuk rombongan pada tahun ini, lokasi dan tarikh masih belum di tetapkan dan masih dalam proses perbincangan. Makluman seterusnya akan di kemaskini kemudian.

2010 - Program Bulanan di Cawangan Taman Hassan

Untuk makluman, Cawangan Taman Hassan telah menyenaraikan beberapa program yang akan di jalankan secara bulanan. Program ini tidak hanya terhad di satu lokasi sahaja sebaliknya, program ini akan bergilir-gilir lokasi sesama ahli (mengikut permintaan). Antara program bulanan yang telah di senaraikan :
  • Program Masakkan
    • Tarikh : 28 Feb 2010
      • Lokasi : Rumah no 58 Taman Hassan
      • Menu : Cheese Cup Cake dan Marshmellow Topping
  • Program Kraftangan
    • Maklumat akan diberitahu kemudian
  • Program Bacaan Yasin Bulanan
    • Bermula pada 11 Mac 2010
      • Lokasi : Rumah 23 Taman Hassan
  • Program "Borak Kedai Kopi" (Lokasi ditentukan mengikut undian)
    • Tarikh : 1 Mac 2010
      • Lokasi : Rumah 23 Taman Hassan
    • Tarikh :  April 2010
      • Lokasi : Rumah 42 Taman Hassan

2010 - Pogram Mingguan Di Cawangan Taman Hassan

Untuk makluman, Cawangan Taman Hassan telah menganjurkan program Senam Seni Mingguan. Lokasi program tidak terhad hanya di Cawangan Taman Hassan sahaja dan program ini bergerak dari satu cawangan ke cawangan yang lain mengikut permintaan. Antara cawangan yang telah disenaraikan untuk program Senam Seni Mingguan ini adalah :

  • 1 Jan 2010 - Cawangan Taman Hassan
  • 8 Jan 2010 - Cawangan Sungai Sirih Tambahan 2
  • 15 Jan 2010 - Flat JKR Cawangan Tepi Sungai 2
  • 22 Jan 2010 - Cawangan Taman Teluk Pulai (Pejabat UMNO lama)
  • 29 Jan 2010 - Cawangan Sungai Sirih Tambahan 2
  • 5 Feb 2010 - Cawangan Jalan Hassan
  • 12 Feb 2010 - Cawangan Sungai Sirih Tambahan 2
  • 19 Feb 2010 - Lot 492 Jalan Yadi
  • 26 Feb 2010 - Lot 535 Teluk Gadong Kecil
  • 5 Mac 2010 - Tiada Senam Seni Mingguan
Program ini berlansung pada jam 9 - 10.30 malam. Jadual ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.

2010 - Program Harian di Cawangan Taman Hassan

Untuk makluman, Cawangan Taman Hassan telah menganjurkan program harian yang berlangsung di Cawangan Taman Hassan antaranya :-

Senam Seni
(Setiap Hari Isnin-Khamis, Jam 6-7petang, di rumah Ketua Wanita)