Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, May 25, 2010

Apa perjuangan kita hari ni?

ketika setiap kali laungan bergema membakar semangat, seluruh yang hadir memberi sokongan padu. bergetar seluruh tulang dan sendi, membara semua jiwa-jiwa. bergegar seluruh kalbu ayuh bangkit... ayuh lihat apa yang telah kita warisi. darah semangat, darah pahlawan, darah pendekar, darah serikandi semua menggelegak panas mengalir keseluruh tubuh. inilah hasil tuaian nenek moyang kita, kita la hasil usaha keturunan kita, kita la pewaris mereka.

deria telinga terus bertalu-talu dipalu dengan kata-kata membakar; "kenanglah jasa nenek moyang kita, mereka mempertahankan tanah air ini dengan titisan darah mereka!" ketika itu ruh bagai di seru, turun naik bagai nafas yang kencang. benak mula berbisik "ini janji kita anak melayu! janji mempertahankan tanah milih melayu, tidak! ini asalnya TANAH MELAYU! dan KITA ANAK MELAYU! pantang mengalah sebelum berjuang. manis-manis madu melayu ada racun pada lebahnya. manis budi anak melayu jangan dicabar buruk padahnya." lidah bertakbir semangat bergetar dari jiwa terpamer ke riak wajak. segala bagaikan satu taufan yang hebat bisa meruntuhkan semua musuh yang ada.

inilah sejarah asal keturunan kita. adunan dari semangat moyang, dan darah yang mengalir ini membuktikan siapa kita dan dimana kita. takkan mampu kita ubah dengan apa sekali pun. YA! benar perjuangan moyang kita! YA! takkan ada siapa mampu mengubah kebenaran yang hakiki. tanpa perjuangan itu kita tak bisa menjejak kaki ke bumi ini tanpa perjuangan itu kita takkan bisa pijak TANAH milik MELAYU ini.

tiada siapa boleh mengubah sejarah. sejarah yang sebenar. sejarah yang berdakwatkan darah ber-pena-kan parang, keris, tombak dan senjata. itu penglihatan kita sampai kita menutup mata. selagi hayat dikandung badan.

tapi hari ini bukan perjuangan kita mengangkat keris, parang, tombak, senjata. kita masih perlukan semangat. kita masih melaungkan semangat. kita masih membakar semangat. tapi kita JANGAN mengangkat keris, parang, tombak dan senjata!!! kita di dalam sejarah kita sendiri hari ini. kita juga di dalam sejarah tapi kita JANGAN sekali kali mengangkat keris tombak parang senjata. sejarah kita bukan itu caranya. SEJARAH PERJUANGAN kita lain senjatanya lain musuhnya. kita adalah hari ini. dan hari ini kita saksikan sejarah yang berbeza. tanah kita bukan lagi TANAH MELAYU. jadi perjuangan kita bukan seperti moyang kita dahulu!!!

apa gunanya membakar semangat kita, apa gunanya menyeru segenap benak kalbu demi untuk mempertahankan andai kita tidak tahu perjuangan sebenar kita. perjuangan kita hari ini bukan menentang penjajah, bukan menentang mereka yang hendak merampas hasil bumi bukan bukan bukan. perjuangan kita hari ini adalah perjuangan diri sendiri. perjuangan kita adalah mencipta sejarah diri untuk di ceritakan kepada anak-anak cucu kita pada masa hadapan. perjuangan yang lagi maha hebat dari zaman nenek moyang kita. sungguh hebat dari mengangkat keris, parang, tombak dan senjata.

kita rapatkan lagi saf. kita teguhkan barisan, kita bakarkan lagi semangat, kita teruskan perjuangan... perjuangan mengakui, menerima, menginsafi dan membetulkan kesilapan kita sendiri! agar kita tuliskan dalam catatan sejarah untuk anak kita bahawa perjuangan kita lagi maha besar cabarannya dari nenek moyang kita terdahulu. ini adalah perjuangan kita hari ini! perjuangan yang sebenar! perjuangan menentang diri sendiri, menentang nafsu sendiri, menentang kejahilan diri. inilah senjatanya yang sebenar - diri sendiri! dan inilah musuhnya - diri sendiri.

andai kita mampu mengakui, menerima, menginsafi dan membetulkan kesilapan kita hari ini, kitalah perjuang yang patut di angkat namanya. dikenang ke akhir hayat.

perjuangan kita berbeza dari zaman moyang tapi harapan kita tetap sama, berdiri dengan kebenaran, hidup dengan hak. lalu apa lagi yang kita mahu lakukan? saling berbantah, saling bersangka-sangka? lucutkan senjata kita! akui diri kita. barulah di sana ada kebenaran, barulah di sana ada hak. barulah di sana anak cucu kita jelas dengan perjuangan kita.

setiap zaman, setiap ketika, setiap detik itu ada beza rentetannya. detik ini tidak sama dengan detik lalu. dan detik lalu adalah sejarah untuk detik ini. tapi apa pengisian kita untuk detik ini? apa yang kita lakukan untuk detik ini? kita masih melaungkan semangat yang sama sejak dari zaman moyang kita. tapi dengan semangat yang kita laungkan itu adakah kita meletakkan perjuangan yang sebenar tepat pada detik ketikanya. atau kita hanya melaungkan sahaja tanpa kita sendiri tahu apa yang perlu diperjuangkan...

rujukan [GNB]

Monday, May 17, 2010

Spotlight

Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong Keluar PKR. Ini bermakna telah lima orang ahli Parlimen PKR telah menjadi bebas. Mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, YB Zulkiflee Nordin.

Thursday, May 13, 2010

Syabas mula operasi potong bekalan air di Lembah Klang Ahad ini

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil-bil air tertunggak mulai 16 sehingga 31 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som, berkata sembilan wilayah yang terbabit dengan operasi pemotongan bekalan itu ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Langat, Sepang, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. "Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pembayaran bil dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata, kos pemotongan dan penyambungan semula RM50 akan dikenakan sebelum penyambungan bekalan semula itu dibuat sekiranya bekalan air pengguna berkenaan sudah dipotong. - Bernama

RUJUKAN [Berita Harian]