Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Thursday, December 24, 2009

Arkib 2009 : Tarian cuti-cuti 1Malaysia


Mendengar ucapan perasmian oleh Datin Seri Rosmah Mansor


Ahli-ahli yang mewakili DUN Selat Kelang

Arkib 2009 : Anak Encik Nor Zahid kemalangan


Terpaksa mengharungi peperiksaan dalam hospital setelah kemalangan jalan raya di Simpang 4, Sungai Udang. En Faisal Yahya telah datang melawat ketika masih di hospital serta menghulurkan sedikit sumbangan.

Wednesday, December 9, 2009

Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas di Kampung Delek

2 Disember 2009:
Sebelum 2009 menutup tirai, UMNO DUN Selat Klang sempat melawat warga emas yang tinggal di Lot 4597F, Kampung Delek Kanan. Majlis serba ringkas ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan bantuan kepada dua warga emas Pn Rupiah binti Manap dan En Abd Hamid bin Abd Shukor.

Bantuan yang telah diberi berupa barangan keperluan harian serta sejumlah wang tunai.

Sumbangan tersebut adalah ikhlas dari UMNO Cawangan Kampung Delek yang diketuai oleh En Jasri Karim. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En Faisal Yahya; Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang.

Tuesday, December 8, 2009

Majlis Korban Perdana DUN Selat Klang

28 November 2009:
Sehari selepas Hari raya Aidiladha, UMNO Selat Klang telah menganjurkan Majlis Qurban Perdana di Surau Miftahul Jannah di Seri Gadong.

Sebanyak 16 ekor lembu telah disembelih dan diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk sekitar. Orang ramai telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya secara gotong royong dalam kerja-kerja penyembelihan sehingga selesai tanpa mengira fahaman politik. Ini merupakan satu suasana yang amat baik, mesra dan menggembirakan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Tan Seri Dato Seri Hj Onn Bin Ismail serta keluarga turut sama menyumbangkan seekor lembu sebagai korban.

Paling membanggakan, Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat juga telah menyumbangkan seekor lembu sebagai korban dari beliau dan keluarga.

Malah Y.Bhg Dato Hj Faizal Abdullah; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar juga turut turun padang memeriahkan majlis bersama dengan En Faisal Yahya; Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang. Y.Bhg Dato Hj Faizal Abdullah juga turut menyumbangkan seekor lembu sebagai korban beserta wang sebanyak RM 2,000 untuk majlis tersebut.

Lawatan Kerja Ke Pulau Ketam dan Sungai Lima

22 November 2009, satu lawatan kerja telah berjaya dilaksanakan di Pulau Ketam bagi meninjau pembangunan Pulau Ketam sekali gus menghadiri jemputan Majlis Perayaan Jubli Perak Persatuan Penganut Dewa Sin Yong di Sungai Lima.

Lawatan ke Pulau Ketam dan Majlis di Sungai Lima dihadiri oleh Y.B Dato Seri Kong Cho Ha selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir sama Yang Berbahagia Dato Haji Faizal Abdullah; Pengerusi Barisan Nasional DUN Selat Klang, Dato Song Kee Chai; Ketua MCA Bahagian Kapar serta En Faisal Yahya; Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang.

YB Dato Seri Kong Cho Ha mengambil kesempatan sepenuhnya meninjau perkembangan pembangunan yang telah dilaksanakan di sekitar Pulau Ketam ini di bawah peruntukan kementerian beliau yang menelan belanja hampir RM 1 juta ringgit.

YB Menteri juga turut menyumbangkan wang sejumlah RM 30,000 kepada lembaga pengetua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lien, Pulau Ketam.

Sejurus selepas itu YB Menteri serta rombongan meneruskan lawatan ke Majlis Perayaan Jubli Perak Persatuan Penganut Dewa Sin Yong di Sungai Lima. Lebih kurang 200 orang turut menghadiri memeriahkan majlis tersebut. YB Menteri dengan berbesar hati telah menghulurkan sumbangan sejumlah RM 50,000 kepada persatuan tersebut. Dato Haji faizal Abdullah turut sama memberikan sumbangan kepada persatuan tersebut sebanyak RM 1,500.