Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, May 26, 2009

Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Guru serta Majlis Perasmian Kelompok Persidangan Tahunan

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Mohd Puad Bin Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang pada Isnin, 25 Mei 2009 jam 8.30 malam di bawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kampung Sungai Udang, Klang.

Antara VVIP yang hadir :

Duduk dari kiri : Pn Norliza Binti Ahmad (Ketua Wanita UMNO Bahgian Kapar), En
Jajuli Bin Naim (Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Dato Hj Faizal
Bin Abdullah (Ketua Penyelaras DUN Selat Klang), YB Datuk Dr. Mohd Puad Bin
Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia), YB Datuk Hj Abd Rahman Bin Hj
Palil (Ketua UMNO Bahagian Kapar), En Azkiah Bin Nor (Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Udang), En Ganesan a/l Thankaveloo (Ketua MIC Bahagian Kapar).


Dato Hj. Faizal Bin Abdullah turut sama memberi ucapan serta berterima kasih di atas jasa guru-guru selama ini.


KUSYUK : Guru-guru dan ibubapa memberi tumpuan ketika YB Datuk Hj Abdul Rahman Bin Hj Palil memberi ucapan.


Antara isi ucapan, beliau menyanjung tinggi jasa baik guru-guru dan mengubah persepsi semua tentang kerjaya seorang guru sebagai insan penting demi melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh yang berjaya.


3 Tokoh Guru Daerah Klang 2009 bergambar bersama VVIP; En Azman Abdul Rashid, En P. Ramanathan, En Yap Seng @ Yee Yap Sing


Kad ucapan sebagai tanda terima kasih atas jasa guru selama ini turut disampaikan kepada wakil-wakil dari sekolah-sekolah DUN Selat Klang

Selangor sokong budaya perhimpunan haram???

SHAH ALAM 25 Mei - Kerajaan negeri menyokong tindakan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat perhimpunan seumpama itu tidak salah kerana ia salah satu cara menyatakan perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu perkara.

Katanya, dalam persekitaran global yang terbuka ketika ini, rakyat telah matang dari segi pendapat dan idea lebih-lebih lagi negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

"Malah, dalam dunia komunikasi terbuka ini, mereka (rakyat) terdedah kepada pelbagai maklumat dan idea menerusi media yang tidak terhad. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menutup mata dan telinga mereka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee yang ditahan reman dua hari bermula 22 Mei kerana terlibat mengadakan perhimpunan haram nyalaan lilin di luar pejabat DAP di Ampang Jaya, Khamis lalu.

Bagaimanapun, ADUN berkenaan dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kesal dengan penahanan Jenice bersama-sama 15 lagi individu selain mengecam tindakan polis yang disifatkannya sebagai mencabul hak kebebasan bersuara dan berkumpul secara aman.

Ini kerana, katanya, Jenice serta 15 individu berkenaan mengadakan perhimpunan secara aman dan tidak mengancam keselamatan serta ketenteraman awam walaupun ia dilakukan tanpa permit pihak berkuasa.

"Untuk mengadakan perhimpunan, kita tahu memanglah ia memerlukan permit. Tetapi kalau melibatkan perhimpunan aman, kita minta pihak berkuasa ada fleksibiliti, mereka juga tidak melakukan kerosakan kepada harta benda.

"Lagipun, dalam keadaan sekarang kita perlu lihat cara sesuai dengan status Selangor sebagai negeri maju. Kita boleh ikut standard di negara maju seperti di England dan Amerika Syarikat dalam soal kelonggaran menyatakan hak kebebasan," katanya.

[rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm]

Sultan Selangor ucap terima kasih kepada seluruh rakyat

SEPANG 25 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kesihatan baginda sehingga selamat menjalani pembedahan jantung di Standford University Medical Centre, California, Amerika Syarikat (AS), 2 Mei lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, buat masa ini baginda dinasihatkan oleh doktor supaya berehat dan tidak menjalankan tugas-tugas rasmi serta aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan selama tiga bulan.

''Tuanku berjanji apabila kesihatan baginda pulih seperti sediakala, baginda akan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan negeri Selangor dan rakyatnya bertambah maju ke tahap yang lebih cemerlang dan berkualiti.

''Tuanku turut mendoakan semoga seluruh rakyat khasnya rakyat negeri Selangor sentiasa diberkati Allah dan hidup dengan penuh muhibbah, harmoni, bersatu-padu, aman dan makmur," katanya.

Baginda kembali ke tanah air pada pukul 3.40 petang ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baginda yang berjaket coklat dan berseluar hitam kelihatan sihat dan boleh berjalan sendiri disambut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid membacakan doa kesyukuran sebaik baginda tiba di pekarangan kompleks itu.

Baginda turut bersalaman dengan tetamu lain yang hadir menyambut kepulangan baginda.
Sementara itu, Pakar Perubatan Peribadi Sultan Selangor merangkap Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr. Anuar Masduki berkata, baginda akan mendapatkan rawatan susulan di hospital pakar di sini tanpa perlu ke luar negara lagi.

''Tuanku kini boleh makan, berjalan dan bersiram sendiri tetapi masih dalam jagaan dari segi ubat-ubatan yang diperlukan seperti ubat untuk mencairkan darah serta ubat untuk membantu Tuanku sembuh kembali.

''Rawatan susulan akan diberikan sebagaimana pesakit jantung lain setelah menjalani pembedahan," katanya.

Pada 29 April lalu, Sultan Sharafuddin berlepas ke California untuk menjalani pembedahan injap jantung.

Pada 2 Mei, Sultan Sharafuddin Idris Shah berjaya menjalani pembedahan injap jantung selama sembilan jam di pusat perubatan berkenaan.

Pembedahan itu dijalankan oleh dua doktor di pusat perubatan berkenaan iaitu pakar kardiologi Prof. Dr. Alan Yeung dan pakar mitral valve, Dr. Miller.

Selepas pembedahan, baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut dan dimasukkan ke wad biasa dua hari kemudian.
Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) disambut oleh Raja Muda
Perak, Raja Nazrin Shah setibanya dari California, Amerika Syarikat selepas
menjalani pembedahan jantung pada 1 Mei yang lalu.

Friday, May 22, 2009

TERKINI : Zambry kekal MB Perak

Zambry kekal MB Perak
22/05/2009 4:00pm
PUTRAJAYA 22 Mei – Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak.
- Utusan
[rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm]


Mahkamah Rayuan Putuskan Dr Zambry MB Perak Yang Sah
By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.-- BERNAMA
[rujukan : http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=412943]

Thursday, May 21, 2009

Majlis Perkahwinan Mariah & Mohd Zaki

Terbaru kami terima kad jemputan dari ahli UMNO Cawangan Taman Hassan, En Yusoff bin Kadir dan isteri Pn Norai binti Bakar (AJK Wanita) mengundang ahli-ahli ke Majlis Perkahwinan puteri mereka Mariah binti Yusoff serta pasangannya Mohd Zaki bin Mohd Zain pada 31 Mei 2009 ini. Majlis akan berlangsung di rumah mereka di Lot 2158, Jalan Hassan.

Walaupun dibawa arus kemodenan masa kini, UMNO Cawangan Taman Hassan masih lagi mengekalkan konsep gotong-royong dan rewang seperti di kampung-kampung satu masa dahulu.

Kami dari pihak UMNO Cawangan Taman Hassan mengucapkan tahniah serta Selamat Pengantin Baru kepada bakal mempelai. Kami mendoakan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Majlis Bacaan Yasin Bulanan

Jemputan kepada semua penduduk Taman Hassan dan sekitarnya ke Majlis Bacaan Yasin. Program ini telah dijalankan pada setiap bulan bermula pada awal tahun 2009 di rumah Ketua Wanita Cawangan Taman Hassan.

Bagi Majlis Bacaan Yassin di bulan Mei ini, kami menjemput semua ke rumah Bendahari Cawangan Taman Hassan, Pn Siti Esah binti Syed pada jam 8:30 malam, 23 Mei 2009.

Anak Raja Petra mengaku curi

Raja Azman didakwa 4 tuduhan

SHAH ALAM: Anak penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Azman, 33, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi, antara April hingga Mei lalu.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,500 bagi semua tuduhan itu dan menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh hukuman.

Tertuduh, Raja Azman yang beralamat di No 5, Jalan BRP 5/5 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, seutas jam tangan jenis Seiko dan satu rangkai kunci motosikal yang semuanya dianggarkan bernilai RM3,850 daripada kediaman seorang pelajar, Saiful Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi pada 24 April lalu.

Raja Azman didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Dia juga mengaku salah terhadap tuduhan memiliki harta curi, iaitu motosikal Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran NBT7332 bernilai RM6,000 milik pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, di Nombor 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong, kira-kira jam 10.40 malam, 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Tertuduh turut dituduh memecah masuk rumah pekerja kilang, Mohd Syaiful Setapa, 24, dan mencuri beg duit yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad mesin juruwang automatik (ATM) Maybank dan BSN serta lesen memandu kepunyaan mangsa dan mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ dengan nombor pendaftaran BJQ9597.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 457 kanun sama, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda manakala dakwaan mengikut Seksyen 379A kanun sama, boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

[rujukan : http://www.bharian.com.my/Wednesday/Nasional/20090520005050/Article/index_html]

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Ibu 2009

Selamat menyambut hari IBU kepada semua ibu-ibu terutama yang menjadi ahli UMNO Cawangan Taman Hassan.

Buat kali pertama dalam sejarah, UMNO Cawangan Taman Hassan telah bersetuju untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Ibu pada tahun ini. Walaupun sambutan hari ibu ini tidaklah disambut dengan begitu meriah serta agak terlewat seminggu dari tarikh yang sebenar, tetapi bagi mengenang jasa-jasa para ibu majlis disambut bersama-sama dengan Majlis Persidangan UMNO Cawangan Taman Hassan.


Bunga Tulip berwarna merah telah dibuat sendiri oleh Ketua Wanita Cawangan Taman Hassan untuk di beri kepada ahli-ahli wanita Cawangan Taman Hassan. Manakala lapik gelas kristal ini sumbangan ikhlas dari UMNO Cawangan Taman Hassan kepada semua ahli-ahli yang telah bergelar ibu.

Sumbangan Sempena Persidangan Tahunan

Sumbangan Anak-Anak Cemerlang :

WAKIL (Bapa) :
Nama Pelajar - Mohd Shafiq Bin Arifin
Keputusan - SPM 8(A1)

WAKIL (Bapa) :
Nama Pelajar - Nur Atiqah Binti Jamil
Keputusan - SPM 2(A1), 4(A2)

WAKIL (Ibu) :
Nama Pelajar - Muhammad Ashraf Bin Othman
Keputusan - PSRA : Mumtaz (96.6%)


Sumbangan Warga Emas :

En Hj Juraimi Bin Pakih

En Hj Othman Bin Omar

Pn Hj Indon binti Jamaluddin

Persidangan Tahunan UMNO Taman Hassan 2009


SEMANGAT: En Roslee Bin Abd Hamid, Ketua Pemuda Bahagian Kapar memberi ucapan kepada ahli-ahli UMNO Cawangan Taman Hassan agar tidak patah semangat dengan keadaan politik semasa.


Y.B Dato Hj Abd Rahman Bin Hj Palil memberi ucapan semasa Persidangan Tahunan Cawangan Taman Hassan baru-baru ini.


Tahun ini genap usia UMNO Cawangan Taman Hassan 3 tahun . Dan pada tahun ini juga hadiah terindah buat ahli-ahlinya adalah dengan terdaftarnya blog Taman Hassan itu sendiri.

Sedikit sejarah UMNO Cawangan Taman Hassan:

UMNO Cawangan Taman Hassan ini telah lancarkan pada 18 Jun 2006 di perkarangan Taman Hassan oleh Y.B Dato Abd Rahman Bin Hj Palil. Ketua Cawangan yang pertama sehingga kini adalah En Faisal Bin Yahya yang juga merupakan Ketua Penerangan bagi UMNO Bahagian Kapar. Pada ketika ia ditubuhkan, jumlah ahli adalah seramai lebih kurang 60 orang. Dan sehingga kini bilangan ahli semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Idea asal tertubuhnya UMNO Cawangan Taman Hassan adalah dari En Mohammed Bin Johan. Beliau mencadangkan En Faisal Bin Yahya dilantik menjadi Ketua Cawangan pada tahun 2005 (ketika itu masih lagi penaja). Cadangan ini mendapat sokongan dari semua ahli penaja

Walaupun usia UMNO Cawangan Taman Hassan ini baru setahun jagung, tetapi penglibatan ketua-ketua dari semua sayap serta semua ahli terhadap aktiviti dan program-program UMNO amat baik. Ini jelas terbukti ketika Pilihan Raya Umum ke 12 yang mana ia merupakan Pilihan Raya pertama UMNO Cawangan Taman Hassan terlibat secara langsung. Walaupun keputusan Pilihan Raya amat mengecewakan tetapi perjuangan tetap diteruskan tanpa mengenal putus asa.

[Arkib:]

SIMBOLIK : Y.B Dato Hj Abd Rahman Bin Hj Palil menyarungkan keris ke hulu sebagai tanda melancarkan UMNO Cawangan Taman Hassan.



Atas dari kiri : En Faisal Bin Yahya (Ketua Cawangan), En Mohd Radzi Bin Mustaffa (Timb. Pengerusi Tetap), Pn Hasiah Binti Latiff (Ketua Wanita), Pn Hazlinda Daud (Penerangan-Wanita), Pn Hjh Norlela Binti Azahari (Setiausaha-Wanita), Pn Faridah Binti Atan (AJK-Wanita).

Bawah dari kiri : En Hj Samak (Setiausaha Bahagian Kapar), En Mohammed Bin Johan(Pengerusi Tetap), Y.B Dato Hj Abd Rahman Bin Hj Palil (Ketua UMNO Bahagian Kapar), Y.B Norliza Binti Hj Ahmad (ADUN Selat Klang), Pn Norlela Binti Aslah (AJK Bahagian Kapar), En Jasri (Wakil Bahagian Kapar)