Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, July 7, 2009

Gangguan Elektrik

Dear All,

There will be power cut (2 - 14 hours) for Tenaga to do some maintenance work, from today till 8th Aug 09 .

Whole M'sia affected except Putra jaya.

To those who have food/fruits stuff business in the refrigerators, please take note.

pls check this website for the time & your area :

http://www.tnb.com.my/tnb/power_alert.php

Monday, July 6, 2009

GEMPAR : RUMAH KETUA WANITA DIPECAH MASUK

4 Jun 2009 awal jam 5 pagi anak ketua wanita cawangan Taman Hassan menyedari yang rumah mereka telah dimasuki pencuri. Mohammad Hasrafil yang ketika itu baru pulang dari futsal berasa pelik melihat beg tangan ibunya Puan Hasiah Latif (Ketua Wanita Cawangan) serta seluar panjang bapanya En Mohd Radzi Mustaffa (Timb Ketua Cawangan) bersepah di ruang dapur.

Dia kemudian terus ke dapur dan terkejut melihat tingkap rumah telah di pecah masuk serta pintu dapur yang terbuka luas. Dia kemudian mengejutkan kedua ibu bapanya. Mereka kemudian keluar melihat sekeliling rumah kesan pecah masuk serta cuba menjejaki pencuri tersebut namun gagal. Pencuri dipercayai masuk melalui tingkap belakang dan keluar melalui pintu belakang lalu keluar menembusi pagar pasu-pasu bunga dihadapan rumah tanpa membuka pintu pagar.

Menurut En Mohd Radzi dia agak hairan kerana pada ketika itu dia baru sahaja masuk ke bilik untuk tidur lebih kurang pada jam 3.30-4 pagi. Kebetulan dia hanya tidur di lantai berhampiran dengan meja solek di mana semua dompet, jam tangan serta telifon bimbitnya berada.

Menurut Pn Hasiah pula, dia sedar anaknya pulang ke rumah pagi tersebut tetapi agak hairan kerana tidak menyedari kehadiran orang lain masuk ke rumah dan biliknya. Dia agak lega kerana pencuri tersebut tidak menjumpai beg duitnya yang diletakkan di tempat lain namun kedua-dua telifon bimbitnya sempat diambil oleh pencuri tersebut.

Bilik hadapan tidak mengalami apa-apa kerana pada ketika itu pintu bilik tersebut dikunci dari dalam.

Barang-barang peribadi yang sempat diambil berupa 3 telifon bimbit, 5 jam tangan, dompet yang berisi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM bank dan lain-lain serta sebuah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan sebagai senjata.

En Mohd Radzi telah melaporkan pada polis pada pagi tersebut dan laporan telah dibuat oleh anaknya Mohammad Hasrafil. Polis hanya menjumpai kotak yang digunakan untuk menyimpan jam tangan di kawasan padang sekitar pondok kereta hadapan rumah. Polis hanya mengesyaki penagih dadah kerana ini adalah kes ketiga pada hari yang sama yang mana dua lagi kes yang sama berada di Kampung Delek.



Keadaan tingkap yang diumpil dengan batang kayu. Kelihatan kayu yang digunakan bersebelahan dengan tingkap tersebut.


Pasu bunga yang dialihkan untuk meloloskan diri.
Kawasan dimana kotak jam tangan dijumpai.

Wednesday, July 1, 2009

Aktiviti Puteri Dun Selat Klang

ROADTOUR - Program Mesra Kesihatan Puteri Dun Selat Klang
Tarikh : 1 & 2 Julai 2009
Tempat : Klinik-klinik Kesihatan
Anjuran : Puteri UMNO Dun Selat Klang

Sekali lagi Puteri UMNO DUN Selat Klang turun padang memberi cenderahati berupa barangan bayi kepada ibu-ibu yang mengandung di Klinik-klinik Kesihatan sekitar Selat Klang. Program ringkas yang berlangsung selama 2 hari ini di wakili oleh Cik Hanimasra, Pn Siti Asnita serta beberapa ketua-ketua puteri dalam DUN Selat Klang.
Antara ucapan dari Cik Hanimasra agar para ibu-ibu dapat menjaga kesihatan agar sentiasa dalam keadaan terbaik tambahan dengan faktor persekitaran serta cuaca semasa yang boleh mengakibatkan jangkitan bukan hanya kepada ibu malah kepada bayi di dalam kandungan. Beliau juga berharap pusat-pusat kesihatan dapat terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada ibu-ibu serta bakal-bakal ibu.

Klinik Desa Sungai Bertek :












Klinik Desa Sungai Udang :

UMNO Cawangan Taman Hassan memberi sumbangan membaiki buaian yang telah rosak

Tarikh : 30 Jun 2009
Tempat : Padang Taman Hassan


Tok Faisal memberi tahu sesuatu kepada tukang besi tentang keadaan buaian sedia ada serta faktor-faktor keselamatan anak-anak ketika bermain sambil diperhatikan oleh En Mohd Radzi serta wakil dari Persatuan Taman Hassan, En Nor Zahid serta En Yusoff.


En Nor Zahid meneliti getah roda yang menggantikan lapik buaian.

Tok Faisal bersama wakil Persatuan Taman Hassan, En Nor Zahid memerhatikan kanak-kanak yang sudah tidak sabar-sabar berganti-ganti mencuba buaian yang telah dibaiki.

Kanak-kanak ceria mencuba buai yang telah dibaiki

Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia dan Senam Seni

Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Antara yang menarik :
1 Malaysia!
Wakil Cawangan Taman Hassan yang mengambil bahagian
Bergambar bersama dengan Pn Norliza, Ketua Wanita Bahagian Kapar










Bergambar bersama dengan Maskot serta Logo 1Malaysia

Majlis Penghargaan Atlet Kontijen Taman Hassan


Alhamdullillah akhirnya majlis yang kecil ini terlaksana dengan tenang. Hampir kesemua atlet-atlet berjaya dikumpulkan kembali demi meraikan kejayaan mereka. Antara aktiviti yang dijalankan, penyampaian sijil kepada atlet-atlet serta hadiah penghargaan kepada penaja yang telah memberikan sumbangan ikhlas.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Othman Bin Omar

Tok Faisal Bin Yahya selaku ketua cawangan Taman Hassan memberi sepatah dua kata. "Semoga aktiviti yang sihat seperti ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Diharap ia berterusan sampai ke aktiviti di tahun hadapan. Semangat kekeluargaan seperti ini wajar dipupuk kepada semua ahli-ahli cawangan"






Sepak Takraw :








Bola Jaring :







Bola Tampar :







Bola Sepak :



Majlis mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah memberi sumbangan ikhlas.
Pn Safiah Hj Othman dari Flotrem Sdn Bhd menerima cenderahati dari Tok Faisal Yahya
Tok Faisal Yahya menerima cenderahati penaja dari En Mohd Radzi Mustaffa selaku Timbalan Ketua Cawangan