Dia kemudian terus ke dapur dan terkejut melihat tingkap rumah telah di pecah masuk serta pintu dapur yang terbuka luas. Dia kemudian mengejutkan kedua ibu bapanya. Mereka kemudian keluar melihat sekeliling rumah kesan pecah masuk serta cuba menjejaki pencuri tersebut namun gagal. Pencuri dipercayai masuk melalui tingkap belakang dan keluar melalui pintu belakang lalu keluar menembusi pagar pasu-pasu bunga dihadapan rumah tanpa membuka pintu pagar.
Menurut En Mohd Radzi dia agak hairan kerana pada ketika itu dia baru sahaja masuk ke bilik untuk tidur lebih kurang pada jam 3.30-4 pagi. Kebetulan dia hanya tidur di lantai berhampiran dengan meja solek di mana semua dompet, jam tangan serta telifon bimbitnya berada.
Menurut Pn Hasiah pula, dia sedar anaknya pulang ke rumah pagi tersebut tetapi agak hairan kerana tidak menyedari kehadiran orang lain masuk ke rumah dan biliknya. Dia agak lega kerana pencuri tersebut tidak menjumpai beg duitnya yang diletakkan di tempat lain namun kedua-dua telifon bimbitnya sempat diambil oleh pencuri tersebut.
Bilik hadapan tidak mengalami apa-apa kerana pada ketika itu pintu bilik tersebut dikunci dari dalam.
Barang-barang peribadi yang sempat diambil berupa 3 telifon bimbit, 5 jam tangan, dompet yang berisi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM bank dan lain-lain serta sebuah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan sebagai senjata.


No comments:
Post a Comment