Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, December 8, 2009

Lawatan Kerja Ke Pulau Ketam dan Sungai Lima

22 November 2009, satu lawatan kerja telah berjaya dilaksanakan di Pulau Ketam bagi meninjau pembangunan Pulau Ketam sekali gus menghadiri jemputan Majlis Perayaan Jubli Perak Persatuan Penganut Dewa Sin Yong di Sungai Lima.

Lawatan ke Pulau Ketam dan Majlis di Sungai Lima dihadiri oleh Y.B Dato Seri Kong Cho Ha selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir sama Yang Berbahagia Dato Haji Faizal Abdullah; Pengerusi Barisan Nasional DUN Selat Klang, Dato Song Kee Chai; Ketua MCA Bahagian Kapar serta En Faisal Yahya; Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Selat Klang.

YB Dato Seri Kong Cho Ha mengambil kesempatan sepenuhnya meninjau perkembangan pembangunan yang telah dilaksanakan di sekitar Pulau Ketam ini di bawah peruntukan kementerian beliau yang menelan belanja hampir RM 1 juta ringgit.

YB Menteri juga turut menyumbangkan wang sejumlah RM 30,000 kepada lembaga pengetua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lien, Pulau Ketam.

Sejurus selepas itu YB Menteri serta rombongan meneruskan lawatan ke Majlis Perayaan Jubli Perak Persatuan Penganut Dewa Sin Yong di Sungai Lima. Lebih kurang 200 orang turut menghadiri memeriahkan majlis tersebut. YB Menteri dengan berbesar hati telah menghulurkan sumbangan sejumlah RM 50,000 kepada persatuan tersebut. Dato Haji faizal Abdullah turut sama memberikan sumbangan kepada persatuan tersebut sebanyak RM 1,500.

No comments:

Post a Comment