Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Saturday, March 27, 2010

60 Earth Hour 2010

Sabtu 27 Mac yang lepas hampir satu dunia melibatkan diri dalam usaha murni Earth Hour ini. Walaupun di Malaysia tahun ini baru kali kedua turut serta dalam usaha Earth Hour ini namun begitu sambutan amat menggalakkan. Tahun lepas beberapa bangunan-bangunan mega di Malaysia turut mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu jam bermula dari jam 8.30 malam hingga ke 9.30 malam.

Tahun ini, UMNO Cawangan Taman Hassan cuba untuk turut serta dalam aktiviti murni ini. Walaupun hanya dengan menyebarkan poster disamping mengajak semua agak turut memadamkan lampu selama satu jam, UMNO Cawangan Taman Hassan berharap agar kesedaran ini dapat di kongsi bersama-sama dengan semua ahli.

Jam 8.30 malam tersebut kelihatan beberapa rumah mula memadamkan lampu. Walaupun tidak mencapai sasaran 100% ahli memadamkan lampu, UMNO Cawangan Taman Hassan amat berharap pada tahun akan datang jumlah bilangan ahli yang turut serta bertambah. UMNO Cawangan Taman Hassan juga berharap pada tahun hadapan jika tiada aral melintang, kami bakal melibatkan diri dengan aktiviti menarik bagi memberi kesedaran kepada ahli.

No comments:

Post a Comment