Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Monday, June 8, 2009

Harian Metro : Harga minyak dijangka naik apabila ekonomi pulih: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata harga minyak global dijangka meningkat apabila ekonomi global pulih.

Walaupun kenaikan itu tidak dijangka secara mendadak seperti yang dicatatkan pada 2007 dan separuh pertama 2008, katanya permintaan bagi mendapatkan minyak hari ini kelihatan seperti akan berkembang pada kadar sederhana untuk tempoh lima tahun akan datang berbanding dengan unjuran pada sembilan hingga 12 bulan yang lalu.

"Pembangunan kos rizab yang lebih tinggi untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat tidak dapat dielakkan walaupun permintaan yang relevan akan muncul kemudiannya dan kemungkinan secara perlahan-lahan daripada yang dijangka sebelum ini," katanya pada ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-14 di sini hari ini.

[rujukan : Harian Metro; 8 Jun 2009;http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090608112347/Article/index_html]

No comments:

Post a Comment