Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Thursday, June 18, 2009

SELANGORDAILY : Kerajaan Pembohong??

Ketika Selangordaily mendedahkan bajet ahli majlis PBT yang melambung berkali ganda ini adalah jawapan yang diterima:

1. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nadzmi.

"Perbelanjaan sebanyak hampir RM 8juta setahun untuk pejabat ahli majlis adalah kecil berbanding pendapatan PBT RM 1 billion setahun. Dakwaan ada yang menggunakan untuk untuk kerja parti perlu dibuktikan. Jika ada pun saya percaya ia dibayar separuh-separuh antara PBT dan parti. [Sinar Harian]

verdict: Pembohong No. 1


2. Kenyataan Menteri Besar, tan Sri Khalid Ibrahim:

"Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor membelanjakan RM8 juta setahun untuk menampung elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti bagi setiap ahli majlis selain elaun bulanan sedia ada.


Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Tan Sri Abdul Khalid berkata perkara yang sama turut dilakukan kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) ketika memerintah Selangor." [laman web rasmi kerajaan Selangor - www.selangorkini.com.my

[ulasan: Yang mana satu ini? Para pertama dakwaan selangordaily tidak benar. Tapi para kedua menyatakan pula bahawa ia turut dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Jadi betul atau tidak dakwaan kami bahawa ahli majlis PBT dibayar elaun dan kos overhead pejabat?]

Verdict: Pembohong

3. Kenyataan Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam pula
"Ahli Majlis MBSA hanya dibayar elaun bulanan RM 750 dan elaun mesyuarat RM 150."

Verdict: Blur

4. Ini pula jawapan di dalam Sidang DUN Selangor yang dipetik daripada Hansard:

PERTANYAAN -PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' SERI DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO (SUNGAI PANJANG)

TAJUK: PEJABAT AHLI MAJLIS PBT

66. Kerajaan negeri telah mewujudkan pejabat untuk setiap ahli majlis PBT di seluruh Selangor.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a)Berapakah kos pengurusan (overhead) bulanan setiap buah pejabat ahli majlis yang ditanggung oleh PBT?
b) Berapakah elaun bulanan seorang ahli majlis PBT?

JAWAPAN

a. ) Kos pengurusan bulanan bagi setiap Ahli majlis adalah seperti berikut:

[Pihak Berkuasa Tempatan] [JUMLAH PERUNTUKAN SEBULAN (RM)
1. Majlis Bandaraya Shah Alam [2, 415.38]
2. Majlis Bnadaraya Petaling Jaya [2, 274.00]
3. Majlis Perbandaran Klang [2, 500.00]
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya [2, 500.00]
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya [1, 330.00]
6. Majlis Perbandaran Selayang [2, 500.00]

(Untuk semua PBT sila rujuk grafik.)

Jadi siapakah yang berbohong? EXCO yang menjawab dalam sidang DUN, Menteri Besar, Nik Nadzmi atau Pegawai MBSA.

Apakah kerajaan Selangor sudah menjadi sebuah kerajaan pembohong?

Ini bukan kali pertama mereka berbohong. Ingatkah kita cerita pembelian Camry dan salah guna kuasa lembu korban serta kisah tinted kereta peribadi menteri Besar?

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Suka bercakap bohong
lama-lama jadi pencuri ( dah jadi dah pun)

www.selangordaily.com

No comments:

Post a Comment