Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Thursday, June 4, 2009

Pas janji kejutan di Sarawak

SHAH ALAM: Timbalan Presidn Pas, Nasharuddin Mat Isa, berkata parti itu akan membuat kejutan pada pilihan raya di Sarawak menerusi beberapa pendekatan dan strategi baru.

Katanya, dengan pendekatan baru yang membabitkan kerjasama rakan Pakatan Rakyat, Pas dijangka mampu menawan beberapa kerusi di negeri berkenaan.

Nasharuddn berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-49 di sini, hari ini.

Diminta mengulas isu muzakarah dengan Umno, beliau berkata Pas sentiasa membuka pintu rundingan degan Umno jika membabitkan kepentingan negara.

"Malah pintu rundingan juga dibuka kepada sebarang parti dan NGO," katanya

[rujukan : Berita Harian; 4 Jun 2009 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090604120319/Article/index_html]

No comments:

Post a Comment