Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Thursday, June 4, 2009

Selangor mansuh bayaran tapak pasar malam

SHAH ALAM – Kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam telah memutuskan untuk memansuhkan bayaran tapak gerai pasar malam di seluruh negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun perkara ini pernah dilakukan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor tetapi pengutipan ini nampaknya mula dilakukan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut beliau, pembayaran RM50 itu tidak dibenarkan dan ia akan uruskan supaya wang tersebut dikembalikan kepada peniaga yang telah membuat bayaran.

“Exco kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa tiada lagi majlis perbandaran boleh mengutip wang untuk pe-runtukan tapak gerai.

“Yang hanya dibenarkan adalah yuran pengurusan pungutan sampah yang tidak lebih RM4 satu tapak, mungkin juga untuk baya-ran elektrik dan air,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas MMKN dan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Meningkatan Taraf Pendidikan Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor, semalam.

Menurut beliau, keputusan memansuhkan bayaran tapak gerai berkuatkuasa serta merta.
Katanya, jumlah tersebut akan menambahkan beba-nan kepada peniaga gerai terutamanya dalam kegawatan ekonomi hari ini.

“Terdapat lebih 1,000 gerai di kawasan pentadbiran Ampang dan usaha ini telah dilakukan sejak dua tiga bulan yang lalu

“Perkara ini akan dapat diselesaikan, namun MPAJ telah memberitahu bahawa mereka juga telah buat beberapa usaha supaya pengutipan itu tidak akan dibuat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak mahu penjaja membuat bayaran kepada pihak lain selain PBT dengan alasan tertentu yang tidak sepatutnya.

[rujukan : http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2829802.asp]

No comments:

Post a Comment