Jangan Dilupakan Sehingga Akhir Hayat

malaysia

Tuesday, June 2, 2009

TERKINI : 7 RUMAH INDIA HANGUS DIJILAT API

GEMPAR : 7 buah rumah berbangsa India ranap sekelip mata dalam kebakaran lewat jam 7.30 malam semalam (1 Jun 2009). Kejadian berlaku berhampiran dengan Kuil Sri Padaivetri Mariamman, Jalan Tepi Sungai Klang disedari oleh jiran sebelah rumah berkenaan. Api mula marak dari rumah tengah yang berpunca dari litar pintas. Kedudukannya yang berhampiran dengan tilam membuatkan api marak dengan cepat ke rumah-rumah bersebelahan. Kurang dari setengah jam, kesemua rumah telah dimusnahkan oleh api. Keadaan rumah yang diperbuat dari kayu serta usia rumah yang dikatakan telah mencecah 80 tahun memburukkan lagi keadaan. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berikutan ketika kejadian kebanyakkan mangsa-mangsa tiada di rumah. Mangsa-mangsa ketika ini terpaksa menumpang di rumah saudara mara terdekat.

YB Dato Hj Faizal Bin Hj Abdullah tiba pada awal pagi selepas kejadian. Beliau yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di hospital sehari sebelum kejadian turun padang selepas mendengar kemalangan tersebut. Beliau yang masih belum sembuh sepenuhnya sanggup keluar awal dari rawatan beliau untuk melihat sendiri kemalangan tersebut dan berjumpa dengan mangsa-mangsa.




Deretan rumah yang hangus terbakar





Keadaan selepas kebakaran malam semalam.





YB Dato Faizal melihat sendiri rumah-rumah yang telah ranap.




Setor simpanan kereta berhias yang digunakan untuk perayaan juga turut musnah. Yb Dato Hj Faizal bersama En Ganesan dibawa oleh En Sundaraj melihat sendiri kemusnahan malam semalam.



PUJUK : YB Dato Faizal menenangkan salah seorang mangsa kebakaran manakala En Ganesan menenangkan tuan rumah En Sundaraj.






Antara gambar-gambar Sumbangan Kilat. Sumbangan Kilat yang awal diberi pada malam kejadian oleh wakil YB Dato Faizal kepada setiap rumah dan kuil. Sumbangan kedua ini disampaikan sendiri oleh YB Dato Faizal dan beliau turut berusaha membantu sekadar yang beliau mampu.



En Veloandy (Pengerusi Rukun Tetangga Tepi Sungai) mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada YB Dato Faizal atas sumbangan yang telah diberikan sejak
dari malam kejadian.

No comments:

Post a Comment